Media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat sahih sekali gus mengekang laporan berita palsu yang boleh mencetuskan kegelisahan awam.<br /><br />Sehubungan itu, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip mahu media terus memainkan peranan tersebut serta menjadi orang tengah di antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan masyarakat.
